Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label agong. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label agong. Tampilkan semua postingan

Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah kepada Raja Pemaisuri Agong

sinarharian
12 Februari 2013
GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang.
 Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.

"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang. - Bernama
0 komentar

Agong Hadir Sambutan Sarawak Merdeka 50 Tahun


Kuching – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sambutan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia.

Pesawat diraja yang membawa Seri Paduka berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 11.30 pagi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, yang juga pengerusi pengelola sambutan itu.

Seri Paduka berdua turut berkenan untuk diperkenalkan kepada barisan kenamaan negeri serta menyaksikan persembahan tradisional.

Semasa berada di bandar raya ini, Seri Paduka berdua akan menyaksikan perarakan kapal berhias sempena Malam Gemilang 50 Tahun di Tebingan Sungai Kuching pada malam ini.

Tuanku Abdul Halim serta Tuanku Hajah Haminah dijadual menghadiri Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini pagi esok.

Pada sebelah petangnya Seri Paduka berdua akan melawat pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun di Kompleks Pelancongan Sarawak.

Sementara itu program Tuanku Hajah Haminah diteruskan dengan lawatan ke Taman Orkid berdekatan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Malam esok, Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan Kompleks Islam Sarawak di Jalan P Ramlee di sini.

Seri Paduka berdua dijadual mengambil bahagian dalam satu acara golf di Kelab Golf Sarawak pada Selasa sebelum berangkat pulang ke ibu negara pada sebelah petangnya.- BERNAMA
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger