Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan

Kelantan tingkat sektor pelancongan jana ekonomi

Harakahdaily 

Rizal Tahir, 29 Mei 2013
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan menjadikan sektor perlancongan sebagai tinjauan pendapatan negeri yang utama negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata, industri perlancongan di negeri ini akan dipertingkatkan untuk menjadi sektor berkenaan bagi menjana ekonomi.

“Pada penggal ini kerajaan negeri akan mempertingkatkan industri perlancongan di Kelantan supaya pelancong akan masuk dan income lebih berganda.

“Kita mengambil pengalaman di Sabah, sebelum ini mereka bergantung kepada tinjauan balak, tetapi kini industri perlancongan di negeri berkenaan adalah penyumbang utama ekonomi negeri itu,” ujarnya selepas mesyuarat exco, hari ini.

Menurutnya lagi, sehingga kini tinjauan dari industri pembalakan masih lagi menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Kelantan.

“Oleh itu, untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada balak, maka industri perlancongan akan dipergiatkan,” ujarnya lagi.

Selain perlancongan, kerajaan negeri akan cuba untuk menambah tinjauan pendapatan melalui sumber asli dan mineral.

“Seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar, bermula dari penggal ini, kita akan memberi tender dan bukan lagi permohonan-perhohonan biasa,” tegasnya.

Katanya, dengan kaedah tender ini akan memberikan tinjauan yang lebih kepada kerajaan negeri.
0 komentar

Kelantan sasar rumah mampu milik di seluruh jajahan

Harakahdaily

Muhd Hussin Ibrahim, 04 Dis 2012
GUA MUSANG: Kerajaan negeri tetap berusaha bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, biar pun disisih daripada mendapat peruntukan membina rumah awam kos rendah sejak 1990.

Antara usaha dilakukan termasuk membina rumah mampu milik bagi membantu rakyat mendiami kediaman sendiri yang lebih selesa.

Rumah mampu milik pertama dilaksanakan di Labok Machang lebih setahun lalu. Projek berkenaan sekarang diperluaskan ke jajahan lain.

Usaha tersebut kini turut dibantu anak syarikat kerajaan negeri, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC) bagi membina rumah jenis berkenaan di Kelantan.

TDC melaksanakan projek usahasama dengan ML Synergy Sdn Bhd. Syarikat berkenaan diterajui anak Kelantan yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pembinaan. TDC pula syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, projek terbabit akan dibangunkan di kawasan seluas 62 ekar di Mukim Pulai, Daerah Galas.

Katanya, rumah mampu milik yang akan dibina meliputi 30 peratus daripada keseluruhan projek tersebut.

“Sebanyak 123 unit rumah mampu milik bakal dibina daripada 410 unit bangunan di kawasan berkenaan.

“Walaupun kurang menarik berbanding projek-projek lain dari segi keuntungan, namun konsep cross subsidy di antara pembangunan komersial dan bercampur ia berupaya menampung kerugian yang ditanggung.

“Rumah mampu milik harga jualan dihadkan sehingga RM100,000 seunit. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger