Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Info Kereta konsep Proton Evolusi G mirip Lamborghini



Sebuah kereta proton telah membuat satu inovasi pembaharuan yang menjurus kepada reka bentuk. Reka bentuk yang dimaksudkan ini adalah Proton Evolusi G yang direka mirip seperti kereta Lamborghini.
Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini | Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini. 
Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. Jom lihat gambar-gambar Proton Evolusi G di bawah.



Memang sangat menarik kereta ini. Bahagian hadapannya memang jelas mirip seperti kereta Lamborghini. Lampu belakang pula ada mirip seperti Proton. Walaupun ia bukanlah kereta untuk tujuan dipasarkan, namun reka bentuknya berjaya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
0 komentar

Kanak kanak 3 Tahun meninggal kerana ditinggalkan dalam kereta berjam jam


Bangkok, - Menyedihkan! Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun di Thailand meninggal dunia setelah ditinggal seorang diri di dalam kereta selama beberapa jam. Anak laki-laki tersebut meninggal akibat kepanasan!

Kanak-kanak itu, Suriyakarn Thakan   ditemui tak sedarkan diri di bahagian tempat duduk sebuah kenderaan pick-up pada Selasa, 14 Mei petang waktu setempat.

Kenderaan terbuka tersebut biasa digunakan untuk membawa anak-anak ke sebuah sekolah TK dan kelompok bermain di provinsi Si Sa Ket, yang berbatasan dengan Kamboja.

"Selama dua jam para doktor mencuba menyelamatkan dia... namun mereka gagal," kata pegawai polis setempat, Letkol Thinakorn Dechalert seperti dikutip kantor berita AFP, Rabu (15/5/2013).

Polis menyatakan, pemandu kenderaan tersebut telah ditahan atas dakwaan kelalaian yang mengakibatkan kematian orang lain. Sementara guru sekolah yang memiliki kenderaan tersebut akan disoalsiasat polis  pada Khamis (16/5).

Sebelumnya pada awal April lalu, seorang anak perempuan berumur 3 tahun ditemukan koma setelah ditinggalkan dalam bas sekolah selama berjam-jam di pinggiran Bangkok. Kanak-kanak itu meninggal dua minggu kemudian dalam perawatan intensif rumah sakit. Atas insiden itu, seorang guru dan pemandu  bas ditangkap atas dakwaan kelalaian berat.  detikNews
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger