Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label 24. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 24. Tampilkan semua postingan

Pencerobohan Minyak Secara Haram di Nigeria 24 Gambar



Pencerobohan minyak secara haram ini dipanggil Bankering Oil. Di Nigeria, mereka menceroboh dikawasan paip minyak mentah, lalu mereka menapis untuk dijual ke luar negara. Keadaan ini amat membimbangkan kerana akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Mungkin mereka melakukan kerja sebegini kerana tiada pilihan lagi untuk meneruskan kehidupan. Apa sahaja yang boleh dilakukan, itu sahaja harapan yang ada. 

























0 komentar

Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka 24 Jun

Harakahdaily

Ahmad Danial, 15 Jun 2012
MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan bahawa Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012.

"PAS Melaka akan mengadakan program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka 24 Jun ini bagi meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini untuk memenangkan PAS pada PRU 13 nanti."

"Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu menjadi tetamu utama pada program tersebut dan beliau akan menyampaikan amanat pimpinan PAS pusat kepada ahli-ahli di Melaka" ujar Adly.

Adly berkata disamping itu PAS Melaka turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut.

"Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Zulkifli Mohd Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia dijangka akan turut hadir." tambah beliau.

Menurutnya PAS Negeri Melaka telah membuat permohonan secara rasmi bagi menggunakan Stadium Hang Tuah bagi menjayakan program tersebut.

"Kita harap permohonan kita untuk menggunakan stadium itu diluluskan tanpa banyak kerenah birokrasi" katanya.

Beliau memaklumkan bahawa tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau" sesuai dengan slogan negeri, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Adly menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk hadir ke program tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 dengan berpakaian hijau.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger