Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label m. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label m. Tampilkan semua postingan

Dr M kata dia lawan Pak Lah kerana prestasi tak baik kata

  • Leanne Tan
  • Malaysiakini Dis 11 2012
 
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menafikan beliau bersikap double standard dengan membantu kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
NONE"Tidak ada double standard. Jika prestasi seseorang (itu) tidak baik saya akan berkempen, melawan sesiapa sahaja," kata Mahathir ketika ditemui selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di ibu negara hari ini.

"Sama ada beliau adalah calon saya atau orang lain, saya akan berkempen sekiranya seseorang itu tidak tunjuk prestasi bagus," katanya lagi yang berpendapat Abdullah tidak menunjukkan prestasi baik.  

Ditanya sama ada jawapan beliau itu bermaksud beliau berpuas hati dengan prestasi Najib, Mahathir berkata: "Ya, saya berpuas hati".
0 komentar

Pro M Aspirasi masih gagal di Lembah Klang


sinar harian
26 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa masih beranggapan bahawa Pro-Aspirasi tidak dapat memecahkan penguasaan pihaknya di universiti-universiti di Lembah Klang walaupun dipercayai telah menang sehingga 14 pusat pengajian tinggi dalam pilihan raya kampus.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, Pro-Mahasiswa menguasai ketiga universiti terbabit meskipun keputusan rasmi di UM masih belum diumumkan sehingga petang ini.

"Jika kita lihat Pro-Aspirasi menguasai sebahagian besar daripada 20 IPTA di negara kita tetapi kenapa mereka gagal menguasai tiga universiti ini sedangkan IPTA di Lembah Klang inilah yang aktif dalam berpolitik," kata beliau dengan merujuk kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain tiga universiti itu, katanya, Pro-Mahasiswa hanya memberi tumpuan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

UPM dan Upsi dimenang oleh Pro-Aspirasi.

Pro-Mahasiswa menang di UM dan UKM. Keputusan pilihan raya UIAM ditangguhkan ekoran masalah sistem e-undi dan

"Sehingga kini, saya masih tidak berkeyakinan Pro-Aspirasi mampu membawa perubahan kepada mahasiswa," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika dihubungi hari ini.

Safwan berkata, kemenangan milik siapa itu tidak penting kerana ketelusan dalam meraih kemenangan lebih penting.

Menurutnya, sistem e-undi yang diguna pakai oleh sebahagian IPTA diragui ketelusannya berikutan keputusan di UM dan UIAM, semalam.

"UIAM terpaksa melakukan pilihan raya semula gara-gara wujud masalah dalam sistem undi sedangkan sistem itu sudah digunakan bertahun lamanya.

"Di UM pula berlaku keputusan seri pada dua calon fakulti di mana seorang calon sudah menang tetapi seorang lagi tidak boleh diumumkan menang kerana mendapat undian yang sama," katanya.

Katanya, "sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana akan ada kiraan semula, jadi kita tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi."

Sehubungan itu, beliau menggesa agar sistem lama iaitu undi secara manual seperti yang digunakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan UKM diguna kembali oleh semua IPTA.

Safwan berkata, pihaknya percaya wujudnya campur tangan luar dalam pilihan raya ini, oleh itu perkara yang berlaku di Upsi dan UKM akan dibawa ke mahkamah.

"Di Upsi, enam calon Pro-Mahasiswa dibatalkan kerana tidak mengisi ruang manifesto, sedangkan buku panduan pilihan raya mengatakan isi ruangan manifesto jika ada dan apabila bantahan dibuat, ia tidak diterima.

"Begitu juga di UM, lima calon Pro-Aspirasi berada pada tahun akhir disahkan layak bertanding dan empat daripadanya menang dalam pilihan raya, jadi kami akan bawa perkara ini ke mahkamah atas penyalahgunaan kuasa," jelasnya.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger