

LIHAT VIDEO :
Jenama ini mungkin masih kurang dikenali di pasaran tempatan tetapi sesetengah fungsinya tidak boleh dipertikaikan walaupun ramai yang kurang yakin termasuk penguji apabila pertama kali menggunakannya.
Satu ciri menarik pada Black Pearl 2 i9400 ialah versi dwi SIM yang mana pengguna boleh bertukar antara dua nombor telefon berbeza anda dengan hanya satu sentuhan.

Menu utama yang terpampang di skrin sebaik membuka telefon bimbit ini ialah buku alamat, pendaftaran panggilan, perkhidmatan, pusat mesej, galeri, agenda, multimedia dan pengaturcaraan.
Meskipun menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich, penguji tidak nampak antaramuka BP2 menunjukkan kepintaran berlainan mungkin disebabkan ia tidak digabungkan secara terperinci dengan antaramuka sendiri Ninetology.

Papan kekunci mayanya pun beroperasi dengan baik ketika menaip mesej pada keadaan laju dengan kerana ia mempunyai permukaan skrin rata dan lembut.
Berkonsepkan telefon bimbit mudah guna, reka bentuknya mungkin agak ringkas tetapi boleh diperkemaskan lagi kerana dilihat seolah-olah barang mainan.
Ia juga memiliki ikon yang membolehkan pengguna merekod suara bersesuaian jika mereka menghadiri seminar, mesyuarat atau kelas tertentu.

Paparan warna IPS WVGA dengan resolusi 800 x 480 piksel mungkin belum cukup bagus bagi sesetengah individu ditambah sambungan pelabuh micro USB di ruang tepi agak sukar dihubungkan dengan kabel pengecas pada mulanya.
Memorinya hanya mampu menjangkau dua gigabait menggunakan setoran dalaman dan ia menyokong 512MB untuk RAM yang sepatutnya dinaikkan pada sekurang-kurangnya 1GB.

Namun, satu aspek perlu dipuji kerana Black Pearl 2 i9400 sememangnya ringan (103 gram mengikut brosur) dan kadangkala poket anda terasa kosong walaupun ia diletakkan di dalamnya.
sumber
Posting Komentar