Kantoi curi motor LC anggota polis


Kuala Lumpur: Akibat silap sasaran, seorang pencuri motosikal dicekup mangsanya sendiri yang juga pegawai polis dalam kejadian di tempat letak kenderaan berbayar di Jalan Tun Perak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, mangsa baru saja meletakkan motosikal Yamaha LC dalam keadaan berkunci sebelum menuju bank.

Menurut sumber, suspek berusia 20-an itu yang sedia menunggu di kawasan letak motosikal tersalah langkah apabila lambat membuka kunci motosikal mangsa.
“Sejurus mangsa keluar dari bank dia melihat suspek cuba melarikan kenderaannya sebelum menghalang dan seterusnya menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger