Pekerja Cat Sekali Bangkai Atas Jalan



Sambil mengecat semula garisan lalulintas, krew jalan raya di Pennsylvania secara tidak sengaja meletakkan lapisan baru cat kuning ke atas halangan yang tidak diduga.
Seekor rakon mati, dilihat oleh para pemandu awal minggu ini, telah dilenyek bawah pistol cat kenderaan krew berkenaan.
Seorang penunggang motosikal, Sean McAfee, dalam perjalanan pulang dari kerja dan mengambil gambar haiwan leper yang ditutup dengan cat kuning.
“Apabila saya melihatnya, saya hampir merosakkan motosikal saya kerana saya ketawa berdekah-dekah,” McAfee memberitahu Tribune-Demokrat.
Seorang jurucakap untuk Jabatan Pengangkutan Pennsylvania berkata kemalangan itu tidak dapat dielakkan.
“Mereka cuba untuk menghentikan pistol cat,” jurutera lalu lintas John Ambrosini memberitahu Tribune-Demokrat. “Tetapi dengan jumlah kesesakan, geometri jalan dan saiz peralatan, mereka tidak dapat berpatah kembali untuk membetulkan kesilapan.”
Ambrosini berkata krew cat berusaha untuk mengelakkan haiwan itu dan biasanya kenderaan mandur bergerak di depan atau belakang kenderaan untuk memindahkan apa-apa halangan. Namun krew berkenaan tidak mempunyai mandur pagi itu.
“Kami keluar keesokan harinya untuk membersihkannya,” kata Ambrosini.
Ambrosini berkata, beliau tidak pasti apabila krew akan buat semula kerja mengecat.
Beliau berkata bahawa “mengecat garisan kuning di atas garisan yang wujud tidak mudah dilakukan,”sambil menambah bahawa masalah itu berlaku “cukup kerap.”
Sumber: NBCNews.com

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger