Mati Terkena Kipas Helikopter Kawalan Jauh


SEORANG remaja penggemar permainan helikopter kawalan jauh maut selepas lehernya terkena bilah kipas permainan itu.

Ketika kejadian, Roman Pirozek Jr yang berumur 19 tahun sedang menerbangkan helikopternya di Taman Calvert Vaux di Brooklyn, New York apabila tiba-tiba helikopternya hilang kawalan.

Helikopter itu yang dikuasakan dengan petrol, dilengkapi dengan kipas sepanjang dua kaki dengan kuasa putaran tinggi.

Menurut laporan berita tempatan, bila kipas itu terkena Pirozek di kepala dan leher sekaligus membelah sebahagian tengkorak dan mengelar lehernya.

Pasukan rawatan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian tetapi Pirozek diisytiharkan mati di tempat kejadian.

Pirozek merupakan anak kepada Naib Presiden Kelab Seaview Rotary Wings Helicopter kerap menerbangkan helikopternya di kawasan itu yang luas dan lapang.

Kelab itu juga menggunakan taman itu sebagai kawasan permainan mereka yang terletak di Timur New York City.

Beberapa video yang dikongsikan di laman YouTube memaparkan kepakaran Pirozek menerbangkan helikopternya termasuk satu video yang menunjukkan bilah kipas permainan itu hampir terkena mukanya.

Kematian remaja itu merupakan kemalangan kedua disebabkan oleh model kawalan jauh helikopter.

Oleh : IBNU K

Share this article :

+ komentar + 1 komentar

4 Maret 2022 pukul 06.21

Caesars Palace - Mapyro
Harrah's Hotel & Casino This 경산 출장샵 hotel 영천 출장샵 has 2 restaurants, 속초 출장안마 2 bars, and a casino. Caesars Palace is 고양 출장샵 7 minutes' drive 성남 출장안마 from Harrah's Gulf Coast.

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger