Nabil Zamanhuri Nikah Mac 2014


Masih ingatkah anda dengan penyanyi Nabil Zamanhuri?

Kalau anda ingat-ingat lupa, dia merupakan peserta Mentor bagi musim pertama yang mendapat bimbingan daripada penyanyi Nora.

Selepas bergelar naib juara menerusi program realiti itu, Nabil telah mengeluarkan single yang berjudul Hati Ini selain aktif berlakon drama bersiri.

Perkhabaran terbaru yang didengar, Nabil, 26, bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Adelia Citra Hapsari pada 29 Mac tahun depan.

Nabil menjelaskan dia sudah hampir lima tahun menyulam cinta dengan tunangnya yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu.

Perkenalan mereka bermula ketika sama-sama melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta yang terletak di Cyberjaya.

Antara ciri-ciri yang ada pada Adelia yang membuatkannya terpikat ialah karakternya yang baik hati, lemah lembut dan suka menolong orang susah.

“Sepanjang perkenalan kami, dia adalah gadis yang paling rapat dan menjadi tempat saya bercerita. Sekiranya mengalami tekanan, dia banyak menyokong dan memberikan kata-kata semangat,” ulasnya yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Oleh: AUDREY LEE

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Bejoel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger